"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Rabu, 20 Januari 2010

membangkitkan rasa indah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, syukur kepada Allah. Menganugerahkan kemanisan menimba ilmu buat kita. Ya Allah, kami bercita-cita mahu bertemuMu dalam keadaan yang gembira. Semoga kami semua berusaha bersungguh-sungguh ke arah cita-cita kami. الله اكبر

Selawat dan salam buat kerinduan kami, Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda.

Alhamdulillah, ungkapan yang paling selayaknya terungkap tika ini. Mulanya, semasa baru memulakan semester ini ada rasa agak takut untuk menempuh sinambungan subjek yang diambil. Alhamdulillah, kekuatan dan keseronokan pula yang bermukim di hati kini.

Apabila setiap hari ada sahaja perkara baru yang dihadam akal, ia sememangnya akan membangkitkan rasa indah. Walaupun setiap kali itu juga membuatkan diri menyedari kejahilan berkenaan beberapa perkara lazim dalam kehidupan seharian, namun ku jadikan ia cabaran yang perlu disahut! Belajar, dan teruskan belajar! Kemudian amal, dan terus mengamalkan! Istiqamah, dan sabar dalam melaksanakan istiqamah!

Beberapa kitab yang amat bermakna juga telah berjaya dimiliki. (^_^) Insyaallah, akan ku cuba untuk memanfaatkannya buat diri dan orang lain. 'Ahli bait' ku juga sudah semakin berminat dengan semua ini. Moga ukhwah dan mahabbah yang cuba kita sama-sama semai ini akan berkekalan sehingga syurgaNya. Insyaallah. Moga dengan keizinan Allah, pertemuan kita sebagai ahli bait ini dapat menjadikan kita lebih dekat dan lebih mengenal Allah. Walaupun halaqah sederhana kita itu nampaknya agak santai, moga dapatku jadikannya jalan menuju baiti jannati (^_^) Wallahualam.



p/s : Syukran ala kulli hal buat ukhti Jun dan ukhti Masni (^_^) Moga kalian najjah di dunia dan Negeri Akhirat. Insyaallah!

4 ulasan:

NUR SINAR berkata...

Alhamdulillah...seronok dpt belajar dgn fatin..InsyaAllah, segala ilmu yg diberi akn dimanfaatkan..rasa indah berada di k6q116..mungkin segalanya telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Ada hikmah di sebalik pengorbanan meninggalkan k4j108.

adik masni berkata...

salam alaik...
insyaAllah...harap2 kita sama2 mnuju ke arah kjayaan dunia dan akhirat, dan xlupa juga baiti jannati kita...AMIN...
tima kasih tuk sgala ilmu yg telah dsmpaikan...insyaAllah, ana akan mngamalkan apa yg dsmpaikan...insyaAllah...doakan yer....

wardah faqihah berkata...

Fatin pun banyak belajar dari June. U are very kind to everyone (^_^)
moga baiti jannati milik kita bersama(^_^)

wardah faqihah berkata...

Syukran adik akak (^_^)
Masni pun banyak buat minda akak aktif dgn segala persoalan (^_^)
Insyallah, moga baiti jannati milik kita bersama (^_^)