"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]
Aku tak boleh nak lelapkan mata Aku teringatkan adikku Adikku satu2nya di dunia ini Seibu Sebapa
ALLAH sedang menguji ketabahannya ketika ini adik.... kakak mohon agar perit yang kau tanggung ketika ini biar akak yang galas
YA RAHMAN
adik...kakak sayang sangat kamu adik...kamu anggap saja "kita 1 jasad"
YA RAHMAN
berilah kekuatan dan kekentalan jiwa padanya melangkah tabah mengharungi dugaan yang maha hebat demi mengapai cita2nya yang telah bulat dan sebati di hatinya jiwanya...
YA RAHMAN hati hambamu ini mohon dengan kebesaran kalamMU moga imannya tak berganjak dan terus berpasak di paksiMU yang penuh dengan kemanisan di hujung jalan sana
YA RAHMAN YA RAHIM
semoga yang menindasmu akan kembali pada JALAN ALLAH moga yang menindasmu sedar bahawa tinggi rendah langit luas tanah yang dia pijak ini BUKAN MILIK SI PENINDAS!!!!!!! PENINDAS DURJANA!!!!!
Buat kekasih hati Muhammad Bin Abdullah...rasullullah yang di kasihi.
Di hari minggu sebegini keadaan di rumah ini sunyi sedikit. Kerana dua orang housemate tgh berehat...keletihan..Aku pula alhamdulillah...masih mampu menahan mata...lagipun aku takde apa-apa kelas hari ni..hari sabtu kebiasaannya hanya kelas ko-k. Dan aku dah selesaikannya semasa di tahun dua.
Seminggu sudah berlalu. Mungkin bagi yang lain tiada bezanya, tapi bagi aku....banyak yang berubah. Ku panjatkan kesyukuran tak terhingga.
Bagai ketenangan ini turun dari langit. Ya Allah...tetapkan lah jiwa ini atas ketenangan yang Kau pinjamkan ini Ya Rahman. Seakan ada satu kekuatan dalam sudut hati ini...dikelilingi insan-insan serumah yang amat menyejukkan mata dan mata hati.
Seolah dibukakan jalan seluasnya buatku untuk memilih mana sahaja jalan yang ingin diselusuri...damai...Puas ku nanti2 kan saat ini. Akhirnya, dengan izin Illahi....merasai biah solehah sebegini.
Makin ku lewati jalan itu, semakin jelas ku lihat celah-celahan di hati dhaif ini....semakin ku kenal kekurangan diri ini. Kekurangan yang mengajar aku erti untuk lebih mencari dan memperbaiki.
Ya Rabb....pimpinlah jiwa ini.....moga ketenangan ini akan singgah lama di pelabuhan hati. Istiqamah pula menyulami. Agar aku dapat merasai CINTA AGUNGMU YA RABB...bersemadi.
Insyaallah....semoga kita sentiasa berusaha ke arah kebaikan....
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
Hmm....sejak beberapa bulan kebelakangan ni, perut aku sensatif terhadap sesetengah menu makanan. Apatah lagi kalo terlewat makan.Dan ia agak mengganggu aktiviti harian contohnya tak dapat nak beri fokus yang lebih. Yang paling kritikal adalah pitam kat cafe..huhu..wat malu sungguh. Aku ada ambil inisiatif untuk elak perkara ni kerap berlaku dengan lebih berjaga-jaga dalam pemilihan manu makanan yang hendak diambil. Semua ni dugaan yang Allah beri. Aku kena cari juga jalan penyelesaiannya. Jangan berserah bulat-bulat. Berusaha!!! So, aku ada terbaca satu artikel tentang gastrik dari satu laman web rasmi klik di sini.
Gastrik
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Punca-punca lain Gastrik:
* Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen * Pengambilan alkohol yang berlebihan * Pengambilan kokain * Merokok * Stres * Gangguan autoimun * Penyakit crohn * Radiasi dan kemoterapi * Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun * Pengaliran semula hempedu ke dalam perut * Rembesan asid gastrik yang berlebihan * Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya * Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Tip Sepanjang Bulan Puasa
* Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
* Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
*Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
* Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
* Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
* Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
* Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
* Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
* Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
* Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.
Assalamualaikum....
Di ketika ini, kelihatan cuaca di luar begitu tenang, tidak panas dan tidak pula ada tanda-tanda hujan...redup sahaja...petang yang redup....membawa fikiran aku terbang melayang ke suatu ruang yang sekejap samar sekejap terang. Pitam? tak lah...hehe...
Tiba2 teringat satu ruangan di asrama puteri sekolah kesayanganku. Ruangan tu dulu tak pernah sunyi, tak tau lah sekarang. Ruangan yang aku maksudkan adalah bilik rawatan...tercatat di dindingnya peringatan buat tatapan penghuni2 sementara disitu. Kalau tak silap aku ada 4 buah katil. Sangat sunyi tatkala sahabat-sahabat lain menghadirkan diri ke bangunan sekolah. Kesuyian itulah yang membuatkan aku berulang-ulang kali membaca nukilan yang tertulis kemas hasil kreativiti penghuni asrama yang terdahulu.
Sihat sebelum sakit
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Muda sebelum tua
Hidup Sebelum mati
Begitulah keadaan orang2 yang rugi, menyesali kesempatan yang pernah bertandang di ruang mata tapi hanya membiarkan ia berlalu pergi begitu sahaja...
Ketika diuji dengan sakit, ketika itulah terbayang2 diruang mata alangkah nikmatnya diberi kesihatan yang baik...Tapi bila sihat, makan semahunya...mentang-mentang perut jarang protes...Di jalanraya pula memandu tak ingat tentang kepentingan dan keselamatan nyawa pemandu lain....Tapi kita selalu lupa.
Jika permulaannya adalah seorang yang bukan dikatakan kaya....alangkah teringinnya hati memiliki barang2 dan kelengkapan hidup yang diidam2kan....Namun, bila kaya....adakah sentiasa mengingati atau mengenangkan kesusahan dan kepayahan manusia lain berjuang hanya demi mencari sesuap nasi? Tapi kita selalu lupa
Sedang waktu di rasakan sangat lambat berlalu...kita sering hanya menikmati masa yang dirasakan seperti merangkak-rangkak minta di papah dengan hanya memandang dengan pandangan yang kosong...Walhal ketika dirasakan waktu itu amat terhad dan tercari2 waktu tambahan, jam di tangan kekal jua yang sama...24jam sehari...setiap hari memang begitulah peruntukan waktu yang dipinjamkan ALLAH pada setiap hambaNYA. Tapi kita selalu lupa.
Tatkala membelek wajah uzur di cermin sunyi...sentiasa terkenang-kenangkan masa-masa lalu yang sememangnya tidak akan kembali. Menyesali waktu muda yang terkurang itu dan ini. Terlupa mendidik di jiwa anak-anak agar saling menyayangi walau sedang mengecapi bahagia dengan keluarga masing-masing. Apa yang terpamer kini hanya isu ungkit mengungkit anak-anak kerana mahu mengelak menjaga ibu bapa yang telah uzur. Di wajah uzur itu sudah tidak mampu senyum mahupun menunjukkan riak marah. Hanya pasrah, melayan jiwa yang sedih. Tapi kita selalu lupa.
Mendengar orang2 disekeliling pergi buat selamanya tidak lagi mampu menggugat hati untuk turut merasai kematian. Hanya sekadar dengar2, tapi tak berziarah ke laman rumah yang ditinggal pergi. Untuk dijadikan peringatan bahawa kematian itu pasti. Bila pintu kematian sudah diketuk kencang. Sudah tiada apa yang mampu menghalang...jemputlah kematian dengan jiwa yang tenang. Tapi kita selalu lupa.
Hakikatnya semua ini hanya pinjaman dari ALLAH buat kita. Kerana sehari yang ada di akhirat bersamaan 1000 tahun dunia. Berbekalkan kesempatan yang sememangnya cuma sebentar, marilah kita sama-sama ingat mengingatkan, berdamai dan berlumba-lumba mencari kebaikan.
Kerana hidup yang kekal hanya di alam sana. Janganlah berputus asa dengan hidup, sedangkan dunia adalah tempat utk kita mencari bekalan. Jangan kita lupa lagi. Wallahualam.
Assalamualaikum.... Alhamdulilah, masih ada kesempatan yang Allah berikan pada aku untuk sambung pengajian. Baru je siap kemas barang2. Kali ni aku cuba kurangkan barang2...mungkin sekarang aku lebih senang untuk jadi sesimple yang mungkin. Aku nak betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.
Hari jumaat lepas, pegi jemput adik dari matrikulasi. Sebab dia dapat tawaran IPG. Aku pun tumpang suka, bila apa yang selama ni dia nak..akhirnya dapat. Isnin depan dia daftar...tapi macam tak dapat nak ikut je...sebab ada kuliah hari isnin...takpe lah...lain kali mungkin dapat ikut. Insyaallah...
Hmm..da lama betul tak buka laptop ni...saje je pasang2 lagu...tiba2 rasa dekat sangat hati dengan sebuah lagu nasyid ni. Lagu ni lagu lama...tapi...ntah.. aura lagu ni buatkan ati aku rasa semacam. Wallahualam...
MENITI MIMPI Album : Cahya Ilahi Munsyid : Hijjaz http://liriknasyid.com
Kau terdengar kicauan beburung Yang menyanyi di dada pelangi Kau menggapai awan dilangit memutih Dirimu lebur dimamah mentari
Kau impikan harapan menggunung Di lorong hanyir kehidupanmu Kau hirup sari madu bunga beracun Mewarnai dunia misteri mimpimu
Kau calari setangkai hati ibunda Yang meniti di bilahan hari-hari Kau hitamkan wajah ayahanda Yang mengharapkan sinar kehidupan
Apalah yang hendak diharapkan lagi Semua sudah jadi takpasti Bangkitlah segera dari mimpi ngeri Pulihkan kembali sebuah harga diri
Sinar hidupmu tiada nyalaan api Berlabuhlah di muara ini Pasrahkanlah hidupmu ke lorong ilahi Di sana menanti syurga yang abadi Di sana menanti syurga yang hakiki
Apa khabar sahabat jauh dan dekat. Khabar gembira ku harapkan dari kalian. Yang kurindui sahabat-sahabat yang kebanyakkannya masih menikmati sisa cuti sem yang berbaki. Buat sahabat-sahabatku yang sedang bertarung dalam sem pendek, harap kalian ceria-ceria juga hendaknya.
Keputusan peperiksaan yang lalu dah keluar. Aku terdengar-dengar sayup-sayup suara kegembiraan sahabat-sahabat dari merata pelusuk Malaysia. InsyaAllah, jika ada pinjaman umur dari Illahi kita dapat kongsi kegembiraan itu bila sem baru bermula bulan depan.
5 jun 2009?
Tarikh apa tu ye? Hmm...sebenarnya..ni lah tarikh yang membuatkan aku dah tak de paman yang single samaada dari sebelah abah mahupun dari sebelah mak. Paman aku dah tamatkan zaman bujang dia. Semua cerita-cerita sepanjang 3 tahun lepas dah jadi sejarah kan paman?? Maaflah andai ika tak dapat nak bantu paman masa tu. Sebab Allah dah takdirkan jodoh paman dengan maksu. Hope paman happy selalu. Thanks sebab hadiahkan kami maksu yang cute macam kami juga..hehe...
Tahun depan akak sedara aku pulak nak tamatkan zaman bujang dia. Harap-harap aku tengah cuti la masa tu. InsyaAllah... Dan kalau nak ikutkan giliran, lepas akak sedara aku...aku pulak. Tapi dalam pertimbangan dan perancangan peribadi aku mungkin ada yang akan langkah giliran aku...sebab aku perlu selesaikan beberapa misi sebelum dapat sahut seruan paman dan kak lina. Cuti sem kali ni banyak ingatkan aku bahawa aku tak sama dengan yang lain-lain. Aku kene banyak ingat bumi yang aku sedang pijak. So, aku tak kesah jika ada mana-mana sepupu yang nak mendahului giliran aku..Tapi, aku hanya mampu merancang. Yang berhak menentukan segala apa yang bakal terjadi lepas ni hanyalah Allah.
Terima kasih mak, terima kasih abah. Doakan anakandamu. Masih banyak perancangan yang perlu diselesaikan. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Amin...
Ya Allah, dekatkan lah hati-hati kami. Jika ada ikatan persaudaraan yang hampir goyah, kau satukanlah dengan ikatan iman dan NUR keinsafan. Sejukkanlah api kemarahan yang menyelimuti hati-hati yang terbakar dengan bisikan-bisikan perpecahan. Sesungguhnya sillaturrahim yang baik dapat menjadikan kita dari kalangan yang berkasih sayang.