"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 6 Julai 2009

janganlah berputus asa dengan hidup



Assalamualaikum....
Di ketika ini, kelihatan cuaca di luar begitu tenang, tidak panas dan tidak pula ada tanda-tanda hujan...redup sahaja...petang yang redup....membawa fikiran aku terbang melayang ke suatu ruang yang sekejap samar sekejap terang. Pitam? tak lah...hehe...

Tiba2 teringat satu ruangan di asrama puteri sekolah kesayanganku. Ruangan tu dulu tak pernah sunyi, tak tau lah sekarang. Ruangan yang aku maksudkan adalah bilik rawatan...tercatat di dindingnya peringatan buat tatapan penghuni2 sementara disitu. Kalau tak silap aku ada 4 buah katil. Sangat sunyi tatkala sahabat-sahabat lain menghadirkan diri ke bangunan sekolah. Kesuyian itulah yang membuatkan aku berulang-ulang kali membaca nukilan yang tertulis kemas hasil kreativiti penghuni asrama yang terdahulu.


Sihat sebelum sakit

Kaya sebelum miskin

Lapang sebelum sempit

Muda sebelum tua

Hidup Sebelum mati


Begitulah keadaan orang2 yang rugi, menyesali kesempatan yang pernah bertandang di ruang mata tapi hanya membiarkan ia berlalu pergi begitu sahaja...

Ketika diuji dengan sakit, ketika itulah terbayang2 diruang mata alangkah nikmatnya diberi kesihatan yang baik...Tapi bila sihat, makan semahunya...mentang-mentang perut jarang protes...Di jalanraya pula memandu tak ingat tentang kepentingan dan keselamatan nyawa pemandu lain....Tapi kita selalu lupa.

Jika permulaannya adalah seorang yang bukan dikatakan kaya....alangkah teringinnya hati memiliki barang2 dan kelengkapan hidup yang diidam2kan....Namun, bila kaya....adakah sentiasa mengingati atau mengenangkan kesusahan dan kepayahan manusia lain berjuang hanya demi mencari sesuap nasi? Tapi kita selalu lupa

Sedang waktu di rasakan sangat lambat berlalu...kita sering hanya menikmati masa yang dirasakan seperti merangkak-rangkak minta di papah dengan hanya memandang dengan pandangan yang kosong...Walhal ketika dirasakan waktu itu amat terhad dan tercari2 waktu tambahan, jam di tangan kekal jua yang sama...24jam sehari...setiap hari memang begitulah peruntukan waktu yang dipinjamkan ALLAH pada setiap hambaNYA. Tapi kita selalu lupa.

Tatkala membelek wajah uzur di cermin sunyi...sentiasa terkenang-kenangkan masa-masa lalu yang sememangnya tidak akan kembali. Menyesali waktu muda yang terkurang itu dan ini. Terlupa mendidik di jiwa anak-anak agar saling menyayangi walau sedang mengecapi bahagia dengan keluarga masing-masing. Apa yang terpamer kini hanya isu ungkit mengungkit anak-anak kerana mahu mengelak menjaga ibu bapa yang telah uzur. Di wajah uzur itu sudah tidak mampu senyum mahupun menunjukkan riak marah. Hanya pasrah, melayan jiwa yang sedih. Tapi kita selalu lupa.

Mendengar orang2 disekeliling pergi buat selamanya tidak lagi mampu menggugat hati untuk turut merasai kematian.
Hanya sekadar dengar2, tapi tak berziarah ke laman rumah yang ditinggal pergi. Untuk dijadikan peringatan bahawa kematian itu pasti. Bila pintu kematian sudah diketuk kencang. Sudah tiada apa yang mampu menghalang...jemputlah kematian dengan jiwa yang tenang. Tapi kita selalu lupa.

Hakikatnya semua ini hanya pinjaman dari ALLAH buat kita. Kerana sehari yang ada di akhirat bersamaan 1000 tahun dunia. Berbekalkan kesempatan yang sememangnya cuma sebentar, marilah kita sama-sama ingat mengingatkan, berdamai dan berlumba-lumba mencari kebaikan.
Kerana hidup yang kekal hanya di alam sana. Janganlah berputus asa dengan hidup, sedangkan dunia adalah tempat utk kita mencari bekalan. Jangan kita lupa lagi.
Wallahualam.

1 ulasan:

ibnu Sharom berkata...

akhirat selamanya dunia sementara sahaja...
bautlah amal yag baik selagi mampu..

menulis utk muhasabah diri juga.

Powered By Blogger