"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]
Alhamdulilah, syukur kepada Allah. Menganugerahkan kemanisan menimba ilmu buat kita. Ya Allah, kami bercita-cita mahu bertemuMu dalam keadaan yang gembira. Semoga kami semua berusaha bersungguh-sungguh ke arah cita-cita kami. الله اكبر
Selawat dan salam buat kerinduan kami, Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda.
Alhamdulillah, ungkapan yang paling selayaknya terungkap tika ini. Mulanya, semasa baru memulakan semester ini ada rasa agak takut untuk menempuh sinambungan subjek yang diambil. Alhamdulillah, kekuatan dan keseronokan pula yang bermukim di hati kini.
Apabila setiap hari ada sahaja perkara baru yang dihadam akal, ia sememangnya akan membangkitkan rasa indah. Walaupun setiap kali itu juga membuatkan diri menyedari kejahilan berkenaan beberapa perkara lazim dalam kehidupan seharian, namun ku jadikan ia cabaran yang perlu disahut! Belajar, dan teruskan belajar! Kemudian amal, dan terus mengamalkan! Istiqamah, dan sabar dalam melaksanakan istiqamah!
Beberapa kitab yang amat bermakna juga telah berjaya dimiliki. (^_^) Insyaallah, akan ku cuba untuk memanfaatkannya buat diri dan orang lain. 'Ahli bait' ku juga sudah semakin berminat dengan semua ini. Moga ukhwah dan mahabbah yang cuba kita sama-sama semai ini akan berkekalan sehingga syurgaNya. Insyaallah. Moga dengan keizinan Allah, pertemuan kita sebagai ahli bait ini dapat menjadikan kita lebih dekat dan lebih mengenal Allah. Walaupun halaqah sederhana kita itu nampaknya agak santai, moga dapatku jadikannya jalan menuju baiti jannati (^_^) Wallahualam.
p/s : Syukran ala kulli hal buat ukhti Jun dan ukhti Masni (^_^) Moga kalian najjah di dunia dan Negeri Akhirat. Insyaallah!
Terpandang dosa yang masih semalam Jahilnya diri ini tika itu Sungguh aku malu pada diri Pada kejahilan yang nyata
Ya Rabb Ampunkan ku Ya Rabbi Aku malu pada diriku sendiri Malu!
Walau dosa itu semalam Zahirnya tetap waktu tidak dapatku undur Untukku goncang pada diri sendiri Untukku sedarkan diriku yang semalam itu
Jauhkanlah aku dari diriku yang itu Dekatkanlah aku padaMu Aku rindu pada syurgaMu Dekatkankah aku pada jalan Jannah itu
Kehinaan yang sedang mengejek jiwa!
Haikal-Mentari Hidup
Kala senja itu tiba Kutermenung sendirian Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan Dosa yang aku lakukan Menerjah ruang fikiran Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini Tanpa cahaya Ilahi Baru kini kusedari Jalan yang aku lalui Memusnah pedoman hidup Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
Dalam kegelapan itu Terbit cahaya dari-Mu Memandu hamba-Mu menuju iman Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri Mohon keampunan
Wahai Yang Maha Pengasih Bantulah hamba-Mu ini Yang kian terumbang-ambing Di dalam arus duniawi Kuberdoa kepada-Mu Memohon limpah rahmat-Mu Mentari hidupku kan bersinar kembali
Ya Rabbana, syukur kami ke atas segala kurniaanMu. Ketahuilah wahai semua hati yang rindukan syurgaNya. Bahawa Islam itu membuatkan damai sentiasa bertamu di segenap relung hati. Tiada yang lain yang menjanjikan kebahagian hakiki, hanya Islam. Allahuakbar!
Ya Rasulullah, kami rindu pada akhlakmu pada semangat juangmu, kami rindu pada kesabaranmu. Kami semua ingin sama-sama dibangkitkan bersamamu. Itu cita-cita kami! Semoga kami semua dari kalangan yang sentiasa mencintai Allah dan RasulNya lebih dari yang lainnya. Jauhkanlah kami dari fitnah dunia dan segala isinya. Amin Ya Rabbal a'lamin.
Bila disebut mad'u, pasti tidak lari dari menyebut tentang dakwah. Ada ramai dari kita yang mendakwa dirinya bukan ahli dakwah, maka dia terlepas dan tidak perlu untuk mengajak orang lain melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar.
Bukankah kita semua khalifah yang dipertanggungjawab memakmurkan bumi dan isinya ini?
Bukan yang bergelar ustaz dan ustazah sahaja yang perlu menyampaikan dakwah. Cuma apa yang perlu diutamakan adalah apa yang kita sampaikan itu adalah sebenar-benarnya yang di ajar oleh Islam atau tidak? Iaitu ajaran yang berpandukan nas Al-Quran dan sunnah RasulNya serta segala jalan lain yang juga masih berpaksikan pada kedua-duanya. Ini bermaksud, matlamat kita adalah dalam membentuk generasi insan muslim yang bukan sahaja hebat ilmu keduniaan, malah hebat juga ilmu yang membimbing ke arah kecemerlangan kehidupan akhirat.
Dakwah bukan sahaja di masjid atau majlis-majlis ilmu malah dalam apa jua keadaan! Tingkahlaku dan tutur kata yang baik dari seseorang muslim itu juga merupakan salah 1 cara dakwah kerana ia cermin kepada keperibadian Islam. Jadi, pastikan setiap langkah dan tuturmu itu terbias dari hatimu yang benar-benar cintakan Allah dan Islam! Jangan biarkan masa 24 jam/7 hari yang dipinjamkan kepada kita ini berlalu dengan sia-sia!
"Demi masa. (1) Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabaran. (3) " surah al-asr : ayat 1-3
Walaupun perjuangan dakwah itu dikatakan perit dan pedih untuk dilaksanakan, tapi percayalah bahawa apa sahaja yang kita lakukan demi kebaikan agama Allah ini akan membuatkan hatimu merasa amat dekat denganNya. Kedamaian akan sentiasa menyelubungi jiwamu walau apa pun tohmahan, perit dan pedih yang dilemparkan oleh manusia-manusia yang masih belum mampu merasai limpahan kasih sayang Allah buat dirinya. Kerana apa? Ya, kerana syurga itu manis!
Setiap manusia sememangnya berbeza, samaada dari sudut fizikal, emosi dan tahap keintelektualan. Oleh itu, sebagai orang yang ingin menyampaikan mesej-mesej dakwah, kita perlu sentiasa bersedia menghadapi sikap mad'u yang pelbagai. Sabar itu kuncinya, dan ingat! Hidayah itu milik Allah. Hatimu juga perlu benar-benar yakin bahawa kebenaran tetap akan menang! Jangan putus asa dalam menyampaikan dakwah! Jangan cepat mengalah pada sorakan syaitan yang sentiasa ternanti-nanti kamu berundur dari jalan Allah!
Buat para murabbi dan bakal murabbi, kita sedang makin menjauh dari zaman Rasulullah. Tapi jangan di malapkan cahaya gemilang Islam itu. Ayuh bangkit! Dan semarakkan semangat juangmu menyampaikan ilmu-ilmu kepada generasi akhir zaman ini! Dunia murabbi tak pernah sunyi dari melihat para mad'u yang dambakan sinar ilmu buat penyuluh hati mereka mengenal Allah. Jadi, teruskan perjuanganmu ya murabbi!
Buat mana-mana hati yang amat cintakan Allah dan RasulNya. Ayuh kemaskan mindamu! Menyampaikan dakwah itu tanggungjawab kita bersama, buangkan tanggapan-tanggapan jahat yang suka memandang rendah pada niatmu yang ingin mengajak kepada amar ma'ruf nahi munkar. Biar terbuang, jangan kau gentar. Rela terhina demi kebenaran! Selamat Berjuang!
Tirai malam berlabuh lagi, sujud buat Illahi yang melimpahkan segala rahmatNya buat kita. Bijaklah dalam menguruskan diri dan emosi. Andai terasa goyah. Berhenti sejenak, hirup udara ketenangan. Kemudian teruskan larian kehidupanmu, pastikan larian itu menuju syurga!
Selawat dan salam yang sarat dengan kerinduan buat kekasihNya. Nabi Muhammad S.A.W. Moga kita semua dalam kalangan yang mendapat syafaat baginda di sana nanti. Amin Ya Rabbal 'alamin.
***Seindah Mutiara***
Nurul Iman sedang bersiap-siap untuk keluar bersama sahabat-sahabat serumahnya. Keluar bersiar-siar! Mengeratkan sillaturrahim.
"Ha, baru nampak cantik! Selalunya apa yang Nurul pakai semuanya nampak macam "low profile" je! ". Tegur salah seorang dari mereka.
Walhal, Nurul Iman hanya suka-suka ketika itu. Sebelum melangkah keluar nanti, dia akan hanya membiarkan "low profile" itu sahaja yang menghiasi wajah dan pakaiannya. Bukan dia tidak tahu untuk bergaya sakan seperti wanita lain! Bukan dia tidak tahu caranya! Tapi dia tidak mahu! Kerana dia tahu semua kemahiran menggayakan diri itu hanyalah untuk yang halal. Buat Zauj, Insyallah! Jika Allah izinkan.
Tambahan pula, dengan berpakaian sebegitu, hatinya tenteram. Jiwanya tenang. Hatinya tidak kelam kabut seperti dahulu. Ketika dia terikut-ikut untuk bergaya seperti yang lain. Walaupun manusia yang memandang akan ringan mulut untuk memujinya. Tapi akhirnya dia sedar ,bahawa dia lebih dambakan pujian dan kecintaan dari pemilik hakiki dirinya! Allah Yang Maha Agung.
Biarlah jika dia tidak lagi di puji oleh manusia-manusia yang liar memandang kecantikkan terlarang. Asalkan hatinya tenang dalam kerinduan Jannah. Jadi dia telah pasakkan dalam hati, dengan satu pesanan yang kuat! Bahawa dia perlu semai kesabaran yang jitu untuk pandai menapis dan menepis cakap-cakap orang. Kerana apa? Ya, kerana syurga itu manis!
Biarlah segala kecantikan dan keayuannya menjadi rahsia. Biarlah rahsia! Biar suaminya sahaja yang dapat menilai kemahirannya berhias diri. Walaupun siapa gerangan suaminya itu masih lagi menjadi rahsia Allah buat dirinya. Tetapi Nurul Iman yakin, jika 1 masa nanti dia sudah bergelar isteri dan dia tanyakan hal ini kepada suaminya itu.
Jawapannya ialah?
"Kerana Nurul Iman bukan untuk tatapan umum, tetapi buat tatapan Penciptanya. Kerana Nurul Iman lebih rindukan keharuman syurga, dari keharuman dunia"
Album : Pelita Hidup IV Munsyid : Hijjaz http://liriknasyid.com
Lihatlah panorama dunia Wanita bagaikan hilang rasa malunya Maruah yang menjadi maharnya Tergadai sia bagai tiada berharga
Di manakah budinya di manakah akhlaknya Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya Santun tiada lagi nafsu memimpin hati Kehormatan diri tidak dipeduli
c/o Oh wanita kembali menginsafi Kepada asal fitrah kejadianmu Diciptakan untuk dihormati Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta Kembali kepadanya juga pada Rasulnya Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya Wanita...
Kembalilah ke arah kemuliaan Contohi peribadi Ummul Mukminin Rasulullah dijadikan suami Tertawan kerna keluhuran pekerti Bukan kerana harta bukan kerana nama Tapi kerana budi yang disanjungi Kembalilah...
Wanita perhiasan dunia Bagai kilau permata di antara kaca Sayangnya makin pudar cahaya Hingga tiada lagi beza di antaranya
Sujud dan syukur buat Allah Taala atas segala yang dipinjamkan buat kita melihat, merasai dan menikmati keagunganNya. Lantas mengakui kehebatan Maha Bijaksana.
Selawat dan salam penuh kerinduan buat kekasih Allah yang tak pernah jemu mengajak umat manusia mengEsakan Allah Taala.
Merasakan sebuah kebahagiaan bila melalui sebuah pagi yang menyuntik segunung motivasi. Berusaha menjadikan minda bernada tenang berbalut perkara-perkara positif. Sudah semestinya pagi yang sebegini dimulai dengan memuji Ilahi. Kerana semua bahagia yang kita rasai ini, dariNya.
Berbaik sangkalah kepada Allah, andai banyak perkara yang menyesakkan benak fikiran. Berbaik sangkalah kepada Allah, andai banyak perkara yang seakan membangkitkan rasa takut untuk menghadapi hari esok. Berbaik sangkalah kepada Allah, andai masih ada keinginan di hati yang masih terhalang untuk dimiliki. Goncangkan hatimu, katakan pada diri "Yakinlah, percayalah yang Allah lebih tahu apa yang terbaik". Usah dicelarukan minda dengan segala persoalan yang sememangnya menjadi rahsiaNya.
Usah gopoh berbicara, pandukan nilai yang paling baik sebagai kayu ukur dalam berkata-kata. Jadilah orang yang banyak senyum dan berkata hanya perkara baik-baik (manfaat).
Pertemuan.
Ya, sering kita dengar kata-kata ini. "Ajal, maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan"
Sedarkah bahawa setiap hari kita akan dipertemukan dengan sesiapa sahaja. Ya, boleh jadi sesiapa! Kerana pertemuan yang sengaja mahupun tidak antara kita sememangnya Allah telah sedia aturkan. Bertemu kawan lama dan baru. Bertembung. Terserempak. Cuma sejauhmana pertemuan yang diatur Allah itu mendatangkan kesan dan impak positif pada diri?
Setiap malam, sebelum membaca doa tidur. Semasa sesi muhasabah diri, renung dan fikirkan semula pertemuan yang berlaku sepanjang hari yang telah dilalui. Cuba selidiki apa yang Allah mahu sampaikan pada diri kita. Kerana ia juga mampu menghadiahkan anda lebih banyak pagi yang bermotivasi (^_^)