"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 27 Mac 2009

Syukur Tenang

Assalamualikum...

Harap kalian sihat, ceria, tersenyum dan bahagia ketika ini....

Alhamdulilah....petang ni rasa tenang sangat hati ini..baru balik dari kelas...pagi tadi ada kelas dari pukul 8 sampai pukul 10, kemudian pergi pejabat...ambil slip peperiksaan...kemudian sambung kelas lagi dari pukul 11 sampai pukul 2 petang...kelas micro teaching...tolong jd camerawomen..hehe....isnin ni ada kelas ganti...insyallah kalau takde aral giliran saya isnin pagi minggu depan..

Kemudian singgah bilik linda...solat dan berehat sekejap...kemudian sambung kelas lagi dari pukul 3 sampai 4 petang....kemudian, ucap selamat jalan dan best of luck untuk team tasawur linda..

Kalau diikutkan...saya diajak jadi fasi jemputan.. tapi saya sedar, banyak tugasan penting yang lain perlu dilunaskan secepat mungkin...setelah mempertimbangkan baik dan buruknya, saya pun buat keputusan untuk menolak 3 jemputan sahabat-sahabat dari team-team lain untuk jadi fasi jemputan..

Saya menjangkakan menjelang petang ini saya akan mula rasa terbeban dengan segala tugasan yang masih berbaki....tapi, rasa lain....lepas tamat sesi kelas bersama ustaz pukul 3-4 petang tadi...saya rasa lain....rasa sangat bersemangat....rasa sangat seronok nak siapkan tugasan-tugasan yang berbaki....tambahan peperiksaan akhir bakal menjelang lebih kurang 3 minggu dari sekarang....saya amat bersyukur kerana perasaan seronok menjelang peperiksaan masih wujud dalam hati...teringat masa zaman sekolah dulu....tak tahu lah kenapa..saya suka suasana dalam dewan peperiksaan...saya seronok...pelik kan? tak tahulah...saya suka suasana kena duduk sendirian di meja peperiksaan....pelik..tapi benar..

Bukan itu sahaja, saya harap keputusan yang bakal terhasil nanti juga mampu buat saya seronok...amin....

Dalam keadaan hati yang bernada ceria ni...tiba-tiba saya teringatkan sebuah lagu....masa tahun pertama di UKM ni...boleh dikatakan tak sah kalau tak dengar lagu ni 5-8 kali sehari..hehe..betul-betul pelik lah saya ni kan?

Marilah sama-sama hayati lirik dan masej yang cuba disampaikan oleh kumpulan Fareast ini....


Tiada ulasan:

Powered By Blogger